Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Bau Busuk Macam Ikan Mati, Wanita Ni Tak Sedar Dah 8 Minggu ‘Berjiran’ Dengan Mayat Reput

Setelah berminggu-minggu sukar tidur kerana bau busuk dari rumah sebelah, siapa sangka rupanya bau ‘ikan mati’ yang dihidu wanita ini adalah mayat jirannya sendiri yang dah mereput.

Menurut wanita dari Los Angeles yang dikenali sebagai Reagan Baylee ini, dia mula mengalami masalah tidur sejak Mei 2020 kerana bau tak menyenangkan tersebut. Pengalaman ‘ngeri’ ini turut dikongsikan Reagan di laman TikToknya hingga mendapat 8.4 juta tontonan.

“Bau tu betul-betul mengganggu saya dan ia berlangsung selama berminggu-minggu.

“Saya mula terfikir, mungkin anjing belaan jiran sebelah rumah saya mati atau ada sesuatu yang berlaku.

“Saya risau, tapi pengurus saya bagitahu dia tak boleh sesuka hati ketuk pintu rumah jiran kerana khuatir akan mengganggu,” cerita Reagen melalui video unggahannya.

Namun setelah berminggu-minggu rasa kurang enak kerana sakit kepala dan mual dengan bau misteri tersebut, akhirnya pengurus bangunan menghantar seseorang untuk cari tahu punca bau berkenaan.

“Dia berjalan menaiki tangga, tapi tak sempat naik ke atas pun dia dah rasa nak muntah,” tambah Reagen, sedikit kesal kerana aduannya selama ini tak diambil serius.

Kata Reagen, lelaki yang dihantar pengurus bangunan itu terus mendapatkan master key kerana dia pasti ada orang yang meninggal dalam unit apartment tersebut.

Pihak polis kemudiannya datang ke bangunan Reagen dan mendapati ribuan serangga berterbangan keluar dari rumah jirannya setelah pintu dibuka. Malah kata Reagen, pihak polis menyifatkan keadaan mayat tersebut sebagai mayat reput yang paling ngeri mereka pernah lihat sepanjang bertugas.

Sumber: DailyStar

Eyla Azri