Susulan kekosongan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 20 November ini sebagai tarikh perlaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri tersebut.
Menurut Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, pihaknya terpaksa mengadakan PRN berhubung pembubaran DUN ke-14 negeri Melaka 14 Oktober lalu. Keputusan tersebut dibuat selepas pemakluman rasmi diterima daripada Yang Dipertuan DUN Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.
Jelas beliau memetik laporan Utusan, tempoh berkempen untuk PRN Melaka bulan hadapan ditetapkan selama 12 hari selepas penamaan calon, bermula 11.59 malam, 19 November.
Hari penamaan calon bagi PRN Melaka akan berlansung pada 8 November, sementara 16 November telah ditetapkan sebagai tarikh mengundi awal.
Sumber: Utusan