Siakap Keli
Sumber: via Google

(Video) Kenapa Kemeja Staff Mcd Lain-lain? Wanita Ini Jelaskan Jawatan Mengikut Warna Kemeja

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Restoran makanan segera McDonalds bukan lagi asing dalam kalangan rakyat negara kita. Sambut birthday, lepak dengan kawan-kawan, dinner dengan family pun kadang-kadang kita pilih McDonalds sebagai destinasi.

Setiap kali pergi McD, kita nampak staff atau cashier di front counter atau drive thru pakai kemeja warna lain-lain. Kenapa ya? Ketahui maksud warna kemeja McD yang dipakai oleh staff mereka.

  • Ungu

Staff yang memakai kemeja berwarna ungu atau purple adalah customer service ambassador (CSA). Mereka yang akan ‘handle’ mana-mana event besar atau homeparty.

  • Kelabu

Staff yang memakai kemeja berwarna kelabu adalah pelatih kru. Manakala ‘crew leader’ pula memakai kemeja kelabu dan bertudung merah.

  • Merah

Bagi kemeja merah pula adalah restaurant crew atau kru biasa. Kebiasaannya jawatan ini diberi kepada mereka yang belum pernah bekerja dalam industri McD.

  • Kuning

Kemeja kuning dikhaskan untuk pekerja di Mc Cafe.

Untuk lebih mudah faham, boleh tonton video TikTok di akaun Nur Hidayah

@nrhdyh4844

Balas kepada @iyliasyamim tergagap aku nk explain 😂 #fypシ #fyp #mekdi #teammekdi #masukberanda

♬ bunyi asal – Nur Hidayah – Nur Hidayah

Sumber:  TikTok

 

 

 

Aireena Marizan