Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

Bukan “Ee-kia” Atau “Ai-kay-uh”, Mungkin Ramai Salah Sebut, IKEA Dedah Ini Cara Betul Nak Sebut Namanya

Terkenal dengan himpunan pelbagai jenis perabot mampu milik dan meatball yang enak, IKEA menjadi gedung beli-belah yang sentiasa mendapat perhatian ramai. Syarikat dari Sweeden itu mempunyai lebih daripada 160 buah cawangan di 29 buah negara termasuk di Malaysia.

Bagi yang belum tahu, nama IKEA tercipta dari akronim nama pengasasnya iaitu Ingvar Kamprad, ladang di mana dia membesar , Elmtaryd dan tempat asalnya, Agunnaryd.

Sejak dulu lagi, timbulnya ‘perdebatan’ mengenai cara untuk menyebut IKEA. Ada yang menegaskan bahawa cara sebutan yang betul adalah ‘ai-kay-uh’, ‘ai-kee-uh’ ataupun ‘ee-kia’.

Ternyata, ketiga-tiga sebutan itu salah! Menerusi perkongsian di Instagram IKEA Singapore, sebutan sebenarnya adalah ‘ee-kay-uh’.

Hal itu juga pernah didedahkan oleh jurucakap IKEA pada tahun 2018 dengan mengatakan bahawa ia merupakan cara sebutan mengikut loghat Sweeden, lapor Mothership.

Dalam pada itu, IKEA Singapore juga turut berkongsikan mengenai fakta menarik berkaitan IKEA Tampines termasuk terdapat 1.3 juta kepak ayam yang dimakan di situ pada tahun ini. Difahamkan, mereka berkongsikan perkara itu sempena ulang tahun ke-15 IKEA Tampines.

 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by IKEA SG (@ikeasingapore)

 

Sumber: Mothership, IKEA Singapore

Sofea

There's always another side to every story