Siakap Keli

Nak Lindungi Privasi Pengguna, Shopee Keluarkan Nombor Telefon Pembeli Dari ‘Air Waybill’ J&T Dan Ninja Van Mulai 21 Oktober Ini

Melalui kemaskini terbaru di laman web rasmi Shopee, Shopee memaklumkan bahawa maklumat nombor telefon pembeli tidak lagi dipaparkan di Air Waybill (AWB) untuk menjaga privasi pembeli.

Menurut kemaskini tersebut, nombor telefon pembeli yang menggunakan servis penghantaran J&T Express dan Ninja Van akan dikeluarkan bermula 21 Oktober 2021. Nombor telefon hanya tersedia untuk AWB Pos Laju dan City-Link Express sahaja.

Manakala bagi servis penghantaran lain, pengeluaran nombor telefon pembeli ini telah pun berkuatkuasa sejak 13 September lalu, menurut laman web Shopee.

Pun begitu, kakitangan kurir masih dapat melihat nombor telefon pembeli melalui sistem mereka. Sekiranya maklumat yang diperlukan hilang dari AWB, kurir masih dapat menghubungi pembeli seperti biasa.

Tambah Shopee, pengeluaran nombor telefon pembeli dari AWB ini bertujuan untuk melindungi data pengguna Shopee.

Gambar: Shopee

Sumber: Shopee

Eyla Azri