Siakap Keli
Gambar via Bernama

TERKINI: 5,745 Kes Positif COVID-19 Dilaporkan Hari Ini

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 5,745 kes positif harian COVID-19 telah dilaporkan hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,401,866 kes.

Pun begitu, catatan kes positif harian hari ini menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 5,434 kes semalam.

Sementara itu, menurut Dr Noor Hisham, kadar positif jangkitan hari ini menunjukkan peratusan sebanyak 3.77 peratus. Orang awam diminta untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dan jalankan ujian RTK-Ag secara berkala.

Maklumat terperinci seperti pecahan kes positif harian di setiap negeri, kes kematian, kes sembuh dan lain-lain akan dikemaskini di laman web COVIDNOW.

Sumber: DG Hisham

Eyla Azri