Siakap Keli

Elfira Loy Kongsi Khabar Gembira, Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

Kehidupan pelakon cantik dan berbakat, Elfira Loy dilihat sangat bahagia disisi suami dan anak mereka yang diberi nama Muhammad Rayyan Khalaf.

Terbaharu, Elfira berkongsi satu berita gembira kepada orang tersayang dan para pengikutnya bahawa dia dan suami bakal menimang cahaya mata keduanya tidak lama lagi.

Pelakon comel molek itu berkongsi detik gembira tersebut menerusi entri Instagramnya. Elfira telah memuat naik satu hantaran gambar yang memaparkan dirinya sedang memegang belon dengan tulisan “baby 2 is coming”.

“Untuk semua ahli keluarga dan rakan-rakan yang saya sayangi, bolehkah anda membaca berita baik ini?” tulis Elfira di ruangan kapsyen.

Entri Instagram Elfira tersebut telah dihujani dengan banyak komen positif daripada para pengikutnya termasuklah rakan-rakan artis yang lain. Mereka telah menzahirkan ucapan tahniah serta mendoakan yang terbaik buat pelakon berbakat itu.

“MasyaAllah, Alhamdulillah. Tahniah El dan keluarga.” tulis penyanyi Ernie Zakri.

“Alhamdulillah, tahniah Elfira. Semoga dipermudahkan.” komen Nabila Razali.

“Aw, tahniah sayang!” komen Fazura di ruangan komen.

Para peminat sepertinya sudah dapat mengagak bahawa Elfira sudah mempunyai ‘baby bump’ selepas memuat naik beberapa hantaran foto ketika bercuti di Pulau Langkawi, Kedah.

Sumber: Utusan Malaysia

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.