Siakap Keli

Netflix Lancar Koleksi “Palestinian Stories”, 32 Filem Ini Boleh Ditonton Pengguna Seluruh Dunia

Netflix pada 14 Oktober lalu telah melancarkan koleksi Palestinian Stories di platfom perstriman miliknya dan boleh diakses oleh semua pelanggan di seluruh dunia.

Koleksi melibatkan 32 buah filem itu merupakan karya daripada pengarah-pengarah berasal daripada Palestin dan juga filem-filem lain yang berkisarkan negara berkenaan.

Antaranya adalah karya-karya milik pengarah seperti Annemarie Jacir, Mai Masri, Mahdi Fleifel, Susan Youssef, May Odeh, Farah Nabulsi dan ramai lagi.

Netflix dalam kenyataan yang sama berkata antara tujuan pihaknya melancarkan koleksi ini adalah sebagai satu bentuk penghargaan kepada penggiat seni Arab, khususnya di Palestin memandangkan kini mereka sedang giat melabur untuk menghasilkan lebih banyak kandungan dari dunia Arab.

Mengetengahkan pelbagai tema, antara kisah-kisah yang bakal disajiakan kepada penonton adalah mengenai kehidupan seharian warga Palestin, tentang impian, cabaran, kekeluargaan dan pencintaan.

Antara filem-filem tersebut adalah Like 20 Impossibles, Divine Intervention, 3000 Nights, Present, Pomegranate and Myrrh, Salt of The Sea, It Must be Heaven, A World Not Ours, A Drowning Man dan banyak lagi. Ia akan dimuat naik secara berperingkat.

Hasil carian kami di platform berkenaan, terdapat tiga judul yang sudahpun dimuat naik iaitu A World Not Ours, Salt of The Sea dan Pomegranate and Myrrh.

Filem-filem ini juga didatangkan dengan sarikata yang sesuai mengikut pengguna di sesebuah negara.

Pelanggan Netflix boleh mengakses koleksi ini dengan membuat carian Palestinian Stories di kotak carian dalam laman webnya.

Sumber: Netflix

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.