Jenama kopi Moccona memperkenalkan koleksi jurnal ‘My Little Worlds of Joy’ menerusi kerjasama dengan ilustrator tempatan, Kirin Sharom daripada Bunga dan Bintang Studio, sempena penghujung tahun ini.
Koleksi yang menampilkan dua rekaan, ‘Coffee Break’ dan ‘Inspiration’, menggabungkan tema menikmati kopi dengan ilustrasi berinspirasikan alam semula jadi.
Menurut Moccona dalam kenyataan, kerjasama itu membawa mesej jenama “Love The World You’ve Created” melalui sentuhan seni tempatan, selain mencerminkan sokongannya terhadap kreativiti dan bakat dalam negara.
Pengurus Besar JDE Malaysia, Fiona Tan berkata detik bermakna sering hadir melalui rutin harian yang ringkas, termasuk berehat sambil menikmati kopi atau meluangkan masa untuk berfikir secara kreatif.
“Detik paling bermakna sering hadir daripada rutin harian kita — rehat minum kopi yang tenang, cetusan idea kreatif atau masa yang sengaja diluangkan untuk berhenti seketika ketika hari yang sibuk.
“Kerjasama dengan Bunga dan Bintang membolehkan kami meraikan kegembiraan kecil ini serta memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menyediakan ruang bagi perkara yang paling bermakna,” katanya.
Rekaan ‘Coffee Break’ mengetengahkan ilustrasi bernuansa hangat yang menggambarkan keselesaan ketika berehat, termasuk menikmati aroma kopi kegemaran di tengah-tengah kesibukan harian.
Sementara itu, rekaan ‘Inspiration’ menonjolkan tema kreativiti dan ekspresi diri, dengan kopi digambarkan sebagai teman ketika membuat refleksi, mencetuskan idea baharu serta meneroka minat peribadi.
Menurut kenyataan itu, koleksi berkenaan merangkumi buku nota dan pelekat yang ditujukan kepada peminat kopi serta mereka yang gemar berkarya dan mencatat pengalaman harian.
Pengguna boleh menebus koleksi jurnal tersebut sebagai hadiah dengan pembelian minimum RM28 bagi produk Moccona Liquid Espresso atau rangkaian Moccona 3-dalam-1 yang baharu diperkenalkan.
Rangkaian 3-dalam-1 itu ditawarkan dalam pilihan Cappuccino dan Caramel Latte, manakala penebusan hadiah tertakluk kepada ketersediaan stok.
Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi laman sesawang [www.moccona.my](https://www.moccona.my) serta akaun Facebook dan Instagram Moccona Malaysia.

