Siakap Keli
Gambar: orang awam via Bernama

Anggota Bomba Pengsan Semasa Operasi Menyelamat Mangsa Banjir

MELAKA, 20 Okt (Bernama) — Seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Tengah tidak sedarkan diri selepas rebah ke dalam air banjir semasa operasi menyelamat mangsa banjir di Kampung Sungai Putat, Ayer Keroh, pada kira-kira 5.30 petang tadi.

Dalam kejadian tersebut, Mohd Diya Che Jusoh, 46, dipercayai sedang memasang tali di kawasan banjir bagi membantu penduduk kampung keluar dari kediaman masing-masing.

Mangsa dipercayai rebah secara tiba-tiba ke dalam air banjir berarus deras separas dada orang dewasa, namun disedari anggota bomba lain yang turut berada di situ dan mengambil masa hampir 10 minit untuk menyelamatkan mangsa ke tempat selamat.

Pengarah JBPM Melaka Penolong Pesurujaya Abu Bakar Katain mengesahkan kejadian tersebut dan Mohd Diya kini sedang dirawat di Hospital Melaka.

”Buat masa ini beliau masih tidak sedarkan diri dan telah dibawa ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan dengan menaiki jentera Unit Bantuan Perkhidmatan kecemasan (EMRS) BBP Melaka Tengah,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber: Bernama

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'