Siakap Keli

(Video) “Boleh Tahan Soalan Ni…”, Ditanya Boleh Ke Kahwin Dengan Kembar Siam Yang Belum Dipisahkan, Ini Jawapan UAI

Dalam Islam, ada beberapa keadaan yang mengharamkan lelaki mengahwini perempuan termasuk apabila menghimpunkan dua saudara (adik beradik) perempuan sama ada dalam akad yang sama atau akad yang berlainan. Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, sekiranya dalam akad yang sama, maka perkahwinan tersebut batal dan sekiranya akad yang berbeza, maka akad yang kedua adalah batal.

Pun begitu, macam mana pula apabila ingin berkahwin dengan kembar siam yang belum dipisahkan? Jika difikirkan, mereka merupakan dua orang yang berbeza. Jadi, seseorang lelaki tidak boleh mengahwini kedua-duanya serentak.

Bolehkah berkahwin dengan kembar siam yang belum dipisahkan?

Persoalan itu telah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus menerusi ceramahnya yang telah dikongsikan oleh pengguna TikTok.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh @amsah.m itu, Ustaz Azhar menjelaskan bahawa lelaki dibolehkan berkahwin dengan kembar siam jika mereka hanya mempunyai satu akal dan satu hati kerana mereka merupakan orang yang sama.

Namun, jika sebaliknya, mereka dianggap sebagai individu yang berlainan. Bila keadaan itu berlaku, ulama feqah mempunyai dua qaul (pandangan) iaitu yang pertama ia tidak dibolehkan kerana akan berlaku kesulitan apabila ingin bersetubuh.

Qaul yang kedua pula dibolehkan (membenar yang dilarang) atas sebab kesian kepada mereka yang ingin berkahwin.

Jom tengok video di bawah ini untuk mendengar jawapan Ustaz Azhar dengan lebih jelas. Semoga bermanfaat.

@amsah.m

“Share ilmu supaya sama2 tahu” 😁 #masukberanda #foryourpage #foryou #fypシ #fyp #knowledge #muslim

♬ original sound – 💜A.M🤍 – 💜A.M🤍

Sumber: amsah.m

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.