Siakap Keli
Gambar: SCMP

(Video) Ingat Dah Lenyap, Saintis Temui Spesis Disangka Pupus Lebih 100 Tahun Lalu Dalam Lubang Misteri Ini

Sebuah kumpulan penyelidik berjaya menemui beberapa tumbuhan yang sepatutnya telah pupus, salah satu daripadanya spesis tumbuhan yang dikatakan terakhir kali direkodkan 128 tahun lalu.

Tumbuhan spesis Whytockia chiritiflora itu ditemui di sebuah lubang misteri oleh para penyelidik Institut Botani Kunming dalam ekspedisi mereka di Wilayah Yunnan, China. Tumbuhan itu terakhir kali ditemui seorang ahli botani British pada tahun 1893.

Gambar: SCMP

Selain spesis tersebut, penyelidik juga menemui dua jenis tumbuhan unik tiga bulan sebelumnya iaitu Pterocosmea grandiflora dan Elaegnus bambusetotum yang tidak lagi ditemui lebih 100 tahun lalu.

Menurut salah seorang dari ahli kumpulan penyelidik berkenaan, Dr Zhang Ting, keadaan lubang tersebut yang terasing dari dunia luar menjadi salah satu faktor tumbuhan-tumbuhan dan haiwan disitu terlindungi.

Hasil ekspedisi tersebut, mereka berjaya mengambil beberapa sampel biji benih dan tumbuh-tumbuhan terancam di sana, termasuk tumbuhan unik berbuah di atas daun yang dikenali sebagai Helwingia.

Gambar: SCMP

“Kerana aktiviti manusia dan perubahan pada alam sekitar, spesis-spesis dari kebanyakan habitat telah lenyap dari muka bumi, malah sebelum kita menemuinya lagi,” kata Ya Jidong, salah seorang ahli penyelidik yang mengikuti ekspedisi ini.

Memetik laporan SCMP, para saintis berkenaan perlu melalui tembok setinggi 100 meter menggunakan tali keselamatan untuk sampai ke lubang misteri tersebut.

Sumber: SCMP

Eyla Azri