Siakap Keli

Apa Itu Penyakit Talasemia & Apa Kesannya Pada Anak Pembawa, Ini Ulasan Bakal Doktor

Baru-baru ini, tular satu video sepasang kekasih terpaksa mengakhiri hubungan mereka dan membatalkan hasrat untuk berkahwin. Hal ini disebabkan oleh penyakit yang mereka berdua hidap iaitu penyakit Talasemia.

Terlalu ramai pengguna sosial media yang memberikan komen dan turut bersedih hati dengan perpisahan mereka. Ramai juga yang mengambil pengajaran disebalik tular video untuk mengetahui betapa pentingnya kenal pasangan dengan lebih mendalam terlebih dahulu termasuklah sekecil-kecil perkara sebelum ke fasa yang lebih jauh.

Untuk pengetahuan semua, sekiranya para pesakit yang menghidap penyakit Talasemia ini tekad juga untuk berkahwin, maka anak mereka mungkin yang akan terkena kesannya.

Seorang pengguna Tiktok yang bernama @darwisyahfaizal tampil berkongsi sedikit ilmu dan pandangannya berkaitan isu penyakit Talasemia ini.

Sebagai seorang pelajar perubatan, gadis tersebut telah memberikan definisi Talesemia dengan lebih mendalam untuk mudah difahami semua.

“Sebenarnya, Talasemia ini merupakan penyakit darah. dalam darah kita terdapat satu protein yang dipanggil Hemoglobin. Hemoglobin ini akan menyebabkan darah kita berwarna merah. Fungsi Hemoglobin adalah untuk mengangkut oksigen. Bagi cerita Talasemia ini pula, ada sesuatu yang buruk berlaku kepada Hemoglobin mereka. Oleh itu, darah mereka tidak boleh mengangkut darah dengan betul.”

Video Tiktok yang mendapat sukaan hampir 50 ribu ini juga menjelaskan bahawa Talasemia ini sebenarnya terbahagi kepada dua jenis iaitu Alpha Talasemia dan Beta Talasemia. Dia juga telah menghuraikan berkaitan pecahan-pecahan penyakit ini dengan jelas.

“Talasemia ini sebenarnya ada banyak jenis seperti Alpha Talasemia dan Beta Talasemia. Alpha dan Beta itu pula boleh dibahagikan kapad Talasemia major, intermedia dan minor. Talasemia minor ini paling kurang berbahaya dan kadang-kadang orang tersebut tidak ada simptom pun. Namun begitu, Talasemia major sangatlah berbahaya kerana hemoglobin dalam dara dah rosak habis dan teruk.”

Selain itu, Darwisyah juga berkongsi sedikit ilmu berkaitan kesan yang perlu ditempuhi oleh pasangan pesakit Talasemia yang ingin berkahwin. Kesannya akan terkena kepada anak mereka yang bakal dilahirkan nanti.

“Kalau orang ada penyakit Talasemia monir berkahwin dengan pasangannya yang juga ada penyakit Talasemia juga, maka anak mereka boleh mendapat penyakit Talasemia major. Anak mereka hanya mempunyai 25% sahaja untuk menjadi normal, 50% akan jadi carrier (minor)  dan 25% akan menjadi Talasemia major.”

“Talasemia ini bahaya sebab kalau darah kita dah tak boleh nak angkut oksigen, macam-macam organ akan rosak. Bila organ dah tak cukup oksigen, maka anak mereka akan menjadi cacat. Oleh itu, kesian kapad anak mereka nantilah.”

Disamping itu, Darwisyah juga memberitahu rawatan yang bleh dikhtiarkan oleh pesakit Talasemia di luar sana.

“Rawatan untuk penyakit Talasemia major ini adalah harus membuat pemindahan darah dan perlu ulang-alik ke hospital selalu.”

Akhir sekali, gadis ini memberitahu bahawa penyakit Talasemia merupakan penyakit keturunan. Oleh itu, sekiranya ada keturunan dalam keluarga yang mempunyai penyakit ini, maka pergilah periksa darah juga untuk memastikan berkaitan penyakit ini.

Summer: Tiktok

 

Akhmar Ikmal