Siakap Keli
Sumber: via Google

Penyelia Ladang Maut Dihempap Traktor

KUANTAN, 21 Okt (Bernama) — Seorang penyelia ladang maut dihempap traktor di Ladang Kelapa Sawit Sungai Derhaka di Sungai Tembeling di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata kejadian kira-kira 7 malam itu dipercayai berlaku ketika Loh Yee Hing, 62, sedang dalam perjalanan menuju ke pejabat pentadbiran ladang berkenaan.

Beliau berkata siasatan awal mempercayai Loh hilang kawalan ke atas jentera yang dipandunya itu ketika melalui permukaan jalan yang tidak rata sebelum terbalik lalu menghempapnya.

“Mangsa (Loh) yang cedera parah di bahagian dada maut di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya kejadian itu sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 304 A Kanun Keseksaan.

Sumber: Bernama

 

" "