Siakap Keli

PROLINTAS Beli Tiket Zoo Negara Bernilai RM10,000

Tajaan tiket masuk ke Zoo Negara bernilai RM10, 000 telah disumbangkan oleh Projek  Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) sebagai sebahagian daripada inisiatif  tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat untuk membantu organisasi bukan  kerajaan yang teruk terjejas berikutan pandemik. 

Sebelum ini, desas-desus mengenai tempat pelancongan ikonik negara itu akan ditutup  untuk selamanya kerana kekurangan dana bagi meneruskan kelangsungannya telah menarik perhatian masyarakat dan media. Justeru, PROLINTAS terpanggil untuk tampil  membantu. 

Bersempena dengan pembukaan semula Zoo Negara baru-baru ini, PROLINTAS telah  mengedarkan 370 tiket masuk kepada keluarga B40 dan anak-anak yatim yang tinggal  berdekatan dengan lebuh raya seliaanya. Tiket percuma tersebut adalah untuk dewasa  dan kanak-kanak. 

Dengan sumbangan ini diharap dapat membantu Zoo Negara menerima lebih ramai  pengunjung setelah pelawat tidak dibenarkan berkunjung ekoran perintah kawalan  pergerakan (PKP). Ianya juga dilihat sebagai sokongan untuk menggalakan syarikat syarikat lain untuk ikut sama memberi sumbangan disamping mempromosikan Zoo  Negara.

Siti Fatimah