Siakap Keli
Gambar hiasan | Kredit: Google

Tak Dapat Tunjukkan Sijil Vaksin, Laporan Wanita Didakwa Hampir Dirogol Dilapor Ditolak

Satu laporan tentang dakwaan cubaan dirogol yang dibuat seorang pelajar wanita di Banda Aceh baru-baru ini terpaksa ditolak polis, gara-gara gadis itu tidak dapat menunjukkan sijil vaksinasi COVID-19.

Menurut pengarah suruhanjaya guaman, Muhammad Qudrat, kes tersebut bermula ketika mangsa (wanita itu) berada di rumahnya di Darul Imarah, Aceh Besar sebelum didatangi suspek (lelaki dipercayai cuba merogol).

Katanya, pada awalnya suspek tidak dikenali itu mengetuk pintu rumah mangsa, lalu pintu dibuka dan dia berjaya masuk serta terus memeluk dan cuba untuk merogolnya.

Namun usaha suspek dipercayai gagal apabila mangsa bertindak melawan sambil menjerit hingga mencuri perhatian jiran-jiran, kebetulan dalam masa sama ibunya baru pulang dari pasar ketika itu.

“Ibunya yang baru balik dari pasar terus masuk ke rumah. Dah tahu suspek melarikan diri, lepas tu mereka pun laporkan kejadian tu kepada ketua kampung,” maklum Qudrat berdasarkan fakta kes.

Justeru, mangsa diminta membuat laporan polis, selain turut perlu memohon bantuan peguam untuk lanjutan kes. Bagaimanapun, laporannya terpaksa ditolak kerana didakwa belum memiliki sijil vaksin.

Menurut Indozone, mangsa sudah menjelaskan mengenai keadaannya yang tidak boleh divaksin berserta surat penjelasan (dipercayai daripada doktor).

Namun difahamkan, alasan mangsa itu didakwa lemah gara-gara surat penjelasan tersebut tidak dibawa sekali kerana dikatakan tertinggal di kampung.

Disebabkan itu, Qudrat terpaksa menyerahkan semula kes tersebut kepada pihak polis, namun sekali lagi kes tersebut ditolak kerana mangsa didakwa tidak mengenali suspek.

Bagaimanapun, ketua polis, Kombes Winardy menegaskan, laporan kes itu bukanlah ditolak sepenuhnya, cuma mangsa diarahkan untuk mendapatkan vaksinasi dan sijilnya terlebih dahulu.

Sumber: Indozone

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'