Siakap Keli
Gambar: TikTok niell

(Video) 6 Juta Tontonan, Rakaman Telefon Pintar Dijadikan Selak Pintu Raih Perhatian Ramai

Mesti ramai yang tahu betapa pentingnya selak pintu. Selalu kalau pintu bahagian dalaman ada rongga, orang akan pasang selak, sebab bimbang pencuri mudah masuk kalau tak ada selak pintu.

Selalu selak pintu orang beli je dekat kedai hardware, kemudian pasang sendiri je dekat rumah. Nak lagi senang upah orang je untuk pasangkan selak tersebut.

Tapi lain pula bagi pengguna TikTok xxniill yang menggunakan telefon pintar untuk dijadikan selak pintu. Walau bagaimanapun, mungkin telefon berkenaan sudahpun rosak ataupun tidak boleh digunakan lagi.

@xxniill

♬ original sound – unhaving

Video yang memperoleh lebih 6 juta tontonan itu mendapat komen yang begitu memberangsangkan daripada warganet. Rata-rata mengatakan bahawa pemilik akaun tersebut merupakan seorang yang kaya setelah menonton perkongsian video itu.

Sumber: TikTok niell

Nadhirah