Siakap Keli
Gambar: Siakap Keli

(Video)”Terima Kasih Kat Abang Lori Tu,” Rakaman Dipercayai Pemandu Lori Bantu Mangsa Banjir Tuai Pujian

Hujan lebat yang berterusan di Melaka telah mengkibatkan beberapa kawasan di sana dilanda banjir kilat. Disebabkan itu juga, jalan-jalan sekitar juga dinaiki air hingga menyebabkan pergerakan kenderaan terbatas.

Seperti dikongsikan menerusi video TikTok Siakap Keli ini, dapat dilihat sebuah kereta terperangkap di dalam banjir tersebut.

Walau bagaimanapun, terdapat sebuah lori di sebelahnya dipercayai untuk membantu mangsa yang terperangkap dalam arus berkenaan. Ekoran daripada itu, warganet memuji tindakan pemandu lori yang membantu mangsa berkenaan.

@thesiakapkeli

Terima kasih kat abang lori tu. Di Jasin, Melaka katanya ni. Lebat betul hari ni non stop. Tempat korg ok? #banjir #BeritadiTikTok #NewsatTikTok #fyp

♬ original sound – Siakap Keli – Siakap Keli

Menerusi ruangan komen juga, dapat dilihat ramai netizen yang memuji jasa baik pemandu lori tersebut.

“Semoga dipermudahkan urusan abang lori dan dimurahkan rezeki,” komen Yatie86.

Homza95 turut mendoakan mereka, “Semoga dipermudahkan segala urusan.”

user2430692339895 juga mengucapkan terima kasih kepada pemandu lori tersebut kerana baik hati membantu pamandu kereta itu.

Sumber: Siakap Keli

 

Zahirah