Pelakon duda yang terkenal Fizo Omar selamat diijab kabul dengan pasangannya, Fazeera Nazriz.
Menerusi laman Instagram milik beliau semalam, beliau memuat naik gambar Maryam, anaknya membutangkan baju melayu putih yang dipakai beliau. Beserta kapsyen, “Ok Abang Joe left group ‘recond’ dulu okay.”
Postingan beliau turut mendapat sambutan rakan artis terutama sekali rakan artis yang telah Fizo tag iaitu Sharnaaz Ahmad, Nazim Othman, dan Azlee Khairi.
Nazim dan Sharnaaz turut tidak melepaskan peluang untuk ‘mengucapkan tahniah’ di ruangan komen.
Begitu juga dengan rakan artis yang lain turut menyatakan rasa gembira dengan mengucapkan tahniah pada perkahwinan mereka itu.
Sumber: Fizo Omar