Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Kredit: @burhansyfq1 via TikTok
Tiada Kategori
Niat Cuma Nak Bantu, Suami Maut Selepas Isteri Picit Jerawat Di Hidung

Athirah

Niat Cuma Nak Bantu, Suami Maut Selepas Isteri Picit Jerawat Di Hidung

Kehilangan orang tersayang, seperti suami atau isteri, merupakan satu detik yang sangat berat dan tidak mudah untuk dilalui oleh sesiapa sahaja.

Apabila mereka pergi meninggalkan dunia yang sementara ini, separuh daripada jiwa kita turut ikut bersama.

Tiada kata yang dapat menggambarkan rasa sedih dalam diri melihat orang yang kita cintai pulang ke negeri abadi, kan?

Ada yang terduduk dan kehilangan arah hingga teramat payah untuk bangkit semula. Kesunyian mula mengisi diri, gelak ketawa dan kenangan manis bersama sentiasa akan bermain-main di kepala.

Niat cuma nak tolong, tak sangka lain yang terjadi

Begitulah kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita di Indonesia yang baharu sahaja kehilangan suami dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @burhansyfq1 di TikTok, perbuatan memicit jerawat pada hidung mengakibatkan suaminya menjalani pembedahan dan akhirnya maut.

Menceritakan kronologi kes, wanita yang sedang hamil ini berkata suaminya mengadu sakit di bahagian hidung akibat jerawat yang tidak surut-surut.

“Namun saya menenangkannya dengan mengatakan ia akan pulih sendiri

“Ketika itu, saya secara berseloroh memicit jerawatnya kerana ada yang kelihatan matang dan kemerahan. Sambil bergurau, saya berkata biar saya picit saja, nanti ia surut dan tidak sakit lagi,” ujar wanita itu.

Dia kemudian memicit jerawat yang kelihatan sudah matang dan kemerahan, namun keesokan harinya suaminya mengadu sakit kepala serta demam.

Walaupun telah diberi ubat, keadaannya makin teruk. Malah, bahagian hidung kelihatan bengkak dan merah.

Si suami disahkan meninggal dunia

“Dalam keadaan panik, saya memberinya ubat biasa, namun demamnya tidak surut selepas beberapa hari

“Keadaannya bertambah serius apabila hidungnya membengkak dan kemerahan, selain sering mengadu pening hingga ke belakang kepala dengan suhu badan yang semakin meningkat,” kongsinya lagi.

Hasil pemeriksaan makmal mendapati terdapat darah beku di bahagian dalam hidung menyebabkan si suami perlu jalani pembedahan segera selepas dimasukkan ke ICU selama seminggu.

Namun malangnya, dua hari selepas pembedahan, dia disahkan meninggal dunia.

Doktor turut menjelaskan kawasan hidung tidak boleh dipicit sesuka hati kerana ia berisiko tinggi menyebabkan jangkitan merebak ke otak.

“Ketika itu, saya benar-benar lemah, menangis teresak-esak dan hampir pengsan akibat rasa bersalah yang amat mendalam

“Dua hari selepas pembedahan, suami disahkan meninggal dunia. Saya terus pengsan, seolah-olah dunia berhenti berputar,” jelas wanita tersebut.

BACA: Tidak Sedar Pemilik Sudah Meninggal Dunia, Anjing Ini Setia Menunggu Di Luar Rumah

Sumber: @burhansyfq1 via TikTok