Siakap Keli
Gambar : Netflix

“Jadi Terkenal Ini Tidak Mudah,” Pemain 001 Squid Game Dedah Terpaksa Suruh Anak Jawab ‘Call’ Sebab Tiada PA Nak Urus

Watak Pemain 001 dalam siri Squid Game telah berjaya menawan hati setiap penonton. Oh Yeong Su, nama sebenar pemain tersebut sempat dedahkan bagaimana siri popular Netflix itu berjaya mengubah kehidupannya.

Pelakon yang berusia 77 tahun itu sempat membincangkan perubahan drastik yang berlaku pada kehidupannya sejak siri tersebut berakhir dan bersikap jujur mengenai sisi ‘gelap’ mengenai populariti.

Baru-baru ini, beliau  muncul dalam satu episod  rancangan realiti di siaran televisyen Korea.

Menurut Soompi, beliau menolak beberapa tawaran untuk muncul sebagai duta iklan.

Yeong Su juga bercakap mengenai ‘sindrom permainan sotong’ dan mengatakan ramai yang cuba menghubunginya sehinggakan beliau terpaksa meminta pertolongan anak perempuannya.

“Saya rasa saya seperti sedang terapung di udara. Ini membuatkan saya berfikir, saya perlu bertenang, menguruskan pemikiran dan cuba menahan diri saya”, jelas beliau.

“Terlalu ramai orang cuba menghubungi saya, sebab saya tiada pengurus untuk membantu saya. Sukar untuk saya menjawab panggilan dan mesej yang diterima. Jadi, saya meminta bantuan dari anak saya,” tambah beliau lagi.

“Banyak telah berubah. Walau saya pergi ke mana-mana kafe, saya perlu berhati-hati dengan penampilan saya. Itu membuatkan saya berfikir,’ Jadi terkenal ini tidak mudah.”

Oh Yeong Su merupakan pelakon veteran yang sudah berlakon selama 6 dekad di mana dia mula kariernya pada tahun 1963.

Menurut falsafah peribadinya, kata beliau masyarakat hanya memandang tempat pertama, seolah-olah orang lain tidak penting.  Tetapi walaupun tempat kedua kalah di tempat pertama, tempat kedua juga mengalahkan tempat ketiga. Oleh itu, setiap orang sebenarnya adalah pemenang.

“Itulah sebabnya saya fikir pemenang sejati adalah seseorang yang berusaha keras untuk melakukan perkara yang ingin mereka lakukan dan berusaha mencapai keadaan tertentu di dalam. Saya rasa orang seperti itu adalah pemenang.”

Walaupun popularitinya semakin meningkat, Yeong-su tidak berusaha untuk mencapai kejayaan besar dan berpuas hati di mana dia berada dalam hidupnya.

Sumber : Daily Mail

Fathin Nadzira