Siakap Keli

Nak Jalan Jauh Lepas Boleh Rentas Negeri Nanti, Ni Checklist Penting Untuk Perjalanan Selesa

Dah lama jugak lah rasanya semua rakyat Malaysia ni menunggu untuk tiba saatnya boleh merentas negeri. Bila dah boleh rentas negeri nanti, dapatlah kita melawat ahli keluarga, saudara-mara dan juga kawan-kawan yang dah lama tak dapat bersua muka. Seronoknya dapat lepas rindu kat diorang. Bagi sesetengah orang, dekat je kalau nak balik kampung, orang lain pulak kena hadap perjalanan yang jauh. Sebelum mulakan perjalanan untuk merentas negeri, korang tengok dulu checklist ni, lengkap atau tak. Kalau cukup semua, baru dapat merasai perjalanan yang selesa.

Apabila nak memulakan sebarang perjalanan yang jauh, sudah tentu semua ahli keluarga terutama sekali ketua keluarga lah akan memastikan semua persediaan lengkap dan tiada satu apa pon yang tertinggal. Maklumlah, dah lama kan tak dapat rentas negeri, mesti dah tak ingat sangat keperluan apa yang perlu kita check sebelum mula bergerak. Jangan risau, sebenarnya mudah sangat la checklist yang kita perlu ikut. Ini adalah antara senarainya.

Checklist sebelum memulakan perjalanan yang jauh:

1) Rancang Perjalanan Dengan Rapi

Antara persediaan yang boleh korang semua lakukan sebenarnya adalah dengan rancang perjalanan yang korang nak hadapi dengan rapi. Sebagai contohnya, korang boleh rancang dengan teliti waktu yang sesuai korang nak keluar dari rumah. Korang boleh peka dengan perkembangan trafik supaya tak jam teruk waktu dah gerak nanti. Kalau dah penat, rehat sekejap kat mana-mana Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dulu tau.

2) Topup Kad Touch ‘n Go

Korang sangat digalakkan untuk semak dulu baki kad Touch ‘n Go korang dan topup kredit tu dulu sebelum memulakan perjalanan sekiranya baki korang tak mencukupi. Bila korang guna SmartTAG dan kad Touch ‘n Go ni, sememangnya menjimatkan masa korang daripada beratur di lorong tol tunai yang panjang dan memakan masa.

3) Lakukan Pemeriksaan Kenderaan

Yang paling penting, korang mesti lakukan pemeriksaan kenderaan di bengkel dan pastikan kenderaan korang tu diselenggara dengan baik dan selamat dipandu. Selain itu, jangan lupa periksa tayar simpanan dan pastikan ada air bateri, minyak enjin, peti pertolongan cemas, pemadam api bersaiz kecil serta peralatan yang berkaitan sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Pastikan juga lampu utama, lampu brek dan lampu isyarat berfungsi dengan baik.

Lepas buat pemeriksaan kereta tu, baru lah korang perasan yang sebenarnya banyak je bahagian yang rosak dan korang rasa kos nak repair kereta tu pon dah mahal sangat. Kalau dikira balik perbelanjaan korang kesemuanya, repair kereta korang ni saja dah kena belanja lebih tinggi daripada beli kereta lain. Mungkin ini tanda-tanda sebenarnya untuk korang dapatkan sebuah kereta yang lebih updated daripada kereta korang yang tengah guna sekarang. Untuk yang tak tau apa aspek yang korang nak cari dalam sesebuah kereta, jangan risau. Sebabnya ni lah kriteria-kriteria menarik yang perlu ada dalam semua kereta.

1) Ciri-Ciri Pengesanan Titik Buta

Sistem pengesanan titik buta ni sebenarnya menggunakan kamera, radar, dan juga sensor radar keliling kereta korang untuk mengesan kenderaan yang tak dapat korang lihat di sebelah atau di belakang kereta. Sekiranya ada kenderaan dikesan, pemandu akan dapat amaran. Sistem ni juga sangat membantu untuk buat sebarang perubahan lorong, makluman lalu lintas bahagian belakang kereta dan paling penting sekali amaran untuk pembukaan pintu.

2) Perakam Video Digital

Perakam video digital dalaman kereta ni atau dikenali juga sebagai kamera dashboard atau pon dashcam sebenanrya adalah kamera onboard yang terus merakam pandangan apa yang kereta korang nampak melalui kaca depan kereta korang sendiri tau dan kadang-kadang juga apa yang kereta korang nampak dari bahagian belakang atau tingkap.

3) Trunk Tray Dan Trunk Organizer

Bila nak travel jauh ni, barang yang kita bawa sekali pon mesti la banyak kan. Kalau tak tersusun rapi, habis bersepah teruk semua barang-barang kita dalam trunk kereta tu nanti. Ini lah kenapa, trunk tray dan trunk organizer ni membantu sangat-sangat. Senang sikit kita nak cari barang bila kita perlukannya kalau semuanya dah tersusun rapi.

Haaa, senang sangat la kan kalau satu jenis kereta ada kesemua ciri-ciri ni. Sebenarnya memang ada pon. Kereta tersebut ialah Honda HR-V SE ni lah. Mudah amat sebab kereta ni ada semua jenis ciri-ciri dan kemudahan yang dapat memberikan banyak advantage kat penggunanya. Kalau nak tau maklumat yang lebih lanjut tentang kereta baru Honda HR-V SE ni, korang boleh je layari laman web www.honda.com.my atau hubungi Pengedar Sah Honda yang terdekat dengan anda. Mesti korang akan rasa lagi excited bila dapat faham lebih banyak lagi info tentang kereta ni. Untuk korang yang berminat tu, kena cepat-cepat la tempah tau sebab kereta keluaran Honda yang baru ni datang dengan unit yang terhad je tau.

Jadi, cukup tak checklist korang tu. Bagus lah kalau korang dah lengkap tick semua checklist korang tu sebelum nak memulakan perjalanan yang jauh. Kalau tak lengkap lagi, sempat je untuk korang check semuanya dulu. Apa-apa pon, korang mesti ingat tau yang wabak COVID-19 masih belum tamat lagi. Sentiasa jaga diri dan juga patuh SOP.

Nor Fakhry