Siakap Keli
Gambar: Kosmo & Astro Awani

“Dia Tak Pernah Hantar Mesej Begitu,” Awie Kongsi Allahyarham Mamat Khalid Ada Hubungi Tinggalkan ‘Pesanan’

Pemergian penerbit dan pengarah tersohor Allahyarham Mamat Khalid sudah pasti memberi kesan mendalam kepada peminat filem tanah air.

Turut berdukacita atas kehilangan Allahyarham adalah ahli keluarga, kenalan dan rakan-rakan artis termasuk penyanyi dan pelakon Datuk Awie.

Terkenal dengan watak Husin dalam telemovie Kampung Pisang, Awie ketika ditemui tidak dapat menahan sebak atas kehilangan Allahyarham yang dianggap Awie satu-satunya bintang menyerlah dalam industri perfileman.

Menurut laporan Utusan, Allahyarham Mamat Khalid ada menghubunginya melalui mesej beberapa minggu lalu dengan pesanan, “Love you bro, cepat-cepat sembuh.”

“Dia tak pernah hantar mesej begitu dengan saya sebelum ini.

“Kalau bergurau pun kasar.

“Kemudian dia turut bertanya khabar,” ujarnya.

Menurut Awie memetik laporan Utusan, Allahyarham disifatkan sebagai seorang yang periang walaupun memiliki raut wajah yang garang.

“Dia penghibur di kala ada orang yang bermasalah di lokasi.

“Pada masa sama dia juga mengajar hingga semua pelakon dapat membawa watak mereka dengan baik.

“Dia yang membawa saya hingga kekal dengan watak Husin.

“Sehingga ke akhir hayat arwah masih memanggil saya dengan nama watak itu,” katanya.

Awie juga mengaku tak sedap hati bila mendapat dua panggilan telefon dari rakannya di Perak namun tak sempat menjawab kerana sedang dalam proses penggambaran.

“Melihatkan nombor rakan dari Perak, saya mula tidak sedap hati dan memikirkan sesuatu yang tidak baik berlaku.

“Apabila diberitahu abang Mamat sudah tiada, luruh hati saya, pergi lagi seorang sahabat saya, abang saya,” kata Awie ketika hadir memberi penghormatan terakhir di kediaman keluarga Allahyarham pagi tadi.

Sumber: Utusan

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.