Siakap Keli
Gambar: Hasimi Muhamad

(Video) Suasana Hiba Di Rumah Allahyarham Mamat Khalid, Rakan Artis Hadir Beri Penghormatan Terakhir

Hari ini, kita kehilangan salah seorang pengarah dan penerbit tersohor tanah air, Mamat Khalid yang menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

Menurut laporan wartawan Astro Awani, Hasimi Muhamad, jenazah Allahyarham Mamat Khalid akan dikebumikan di Masjid Paloh, Ipoh selepas solat Zohor dan dikhabarkan kini sedang disolatkan di Masjid Sungai Rokam.

Sementara itu di rumah Allahyarham, beberapa rakan artis dilaporkan tiba di kediaman Allahyarham sejak pagi ini untuk memberi penghormatan terakhir.

Antara yang hadir termasuk penerbit dan pengarah Ahmad Ibrahim, rakan artis, Bell Ngasri, Khir Rahman dan penyanyi tersohor negara, Datuk Awie.

Turut tiba di kediaman Allahyarham Mamat Khalid adalah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang dikatakan kenalan rapat Allahyarham dan isteri.

Sumber: Hasimi Muhamad

Eyla Azri