Siakap Keli
Gambar: The Sun

Wanita Berpakaian Seperti Hantu Dipercayai Untuk ‘Prank’ Takutkan Jiran Dilapor Maut Ditembak

Seorang wanita dilaporkan maut ditembak selepas didapati melakukan ‘prank‘ berpakaian hantu untuk menakutkan jiran-jirannya, lapor New York Post.

Menurut portal berkenaan, wanita Mexico berusia dalam lingkungan 20-an itu dikatakan ‘menyamar’ sebagai hantu dengan mengenakan gaun putih dan veil. Wanita tersebut dipercayai berpakaian seperti sosok urban legend Amerika Latin, La Llorona, hantu wanita menangis kerana kematian anak.

Warga setempat mengaku melihat ‘hantu’ wanita itu pada tanggal 15 Oktober yang turut melaungkan ayat “Ay mis hijos” yang bermaksud “Oh anakku”. Malah menurut laporan New York Post, salah seorang penduduk setempat sempat merakam wanita itu sebelum ditembak beberapa kali oleh seorang warga yang ketakutan.

Memetik laporan New York Post, setakat ini masih tiada penahanan dibuat berkait insiden penembakan itu dan kes tersebut masih dalam siasatan pihak polis setempat.

Sumber: New York Post

Eyla Azri