Siakap Keli
Gambar: Bernama

Waspada Penipuan Rumah Sewa, ‘Scammer’ Minta Bayar Deposit Cepat Elakkan Rumah Ditempah Orang Lain

Sindiket penipuan rumah sewa ini sering kali terjadi apabila kebanyakan mangsa selalu tertipu dengan penawaran harga yang ditetapkan.  Antara tawaran yang diberikan termasuk harga yang murah, persekitaran yang cantik dan kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada penyewa.

Menerusi perkongsian di laman Facebook tadi, pihak PDRM berkongsi mengenai infografik daripada laman Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan menasihati supaya menjadikan ini  sebagai panduan kepada orang ramai supaya tidak mudah tertipu dengan penawaran yang diberikan oleh sindiket tersebut.

Sebagai pengguna yang bijak, orang ramai disarankan agar tidak terburu-buru untuk membayar sebarang deposit atau pendahuluan yang ditetapkan. Orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa membuat semakan terlebih dahulu mengenai latar belakang peniaga yang mereka ingin berurusan.

Fathin Nadzira