Siakap Keli

Bosan Asik Terperap Lama Je Kat Rumah, Guna Cara Mudah Ni Nak Buat ‘Picnic’ Dengan Keluarga Dan Kawan-Kawan

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kita dah lama rasanya terperap je kat rumah tak dapat buat apa. Tapi, untuk kebaikan kita juga. Kadang-kadang tu sampai terdetik lah rasa rindu dengan kawan-kawan dan keluarga yang dah lama tak bersua muka. Lepas dah dapat kelonggaran PKP sikit, elok lah kita nak catch up dan spend masa sikit dengan diorang semua. Salah satu caranya adalah dengan buat picnic kat tasik ke, taman ke, tepi pantai dengan angin sepoi-sepoi bahasa ke atau mana-mana tempat rekreasi lah senang cerita. Tapi, takkan la pergi picnic dengan tangan kosong je kan. Malu la camtu. Nak senang, guna je cara yang order online ni.

Sebenarnya dah mudah dah pon sekarang ni kalau kita nak buat picnic dengan keluarga atau kawan-kawan, order je apa-apa set online. Sebabnya, banyak offer tau kita boleh dapat kalau beli dalam bentuk set. Baru berbaloi untuk buat picnic kan. Salah satunya ialah, set Parties@Home daripada McDonald’s. Jimat sungguh la kalau beli set ni, cukup lengkap dengan pelbagai jenis makanan, minuman, kudapan ringan, hadiah menarik dan macam-macam lagi.

Selain daripada semua makanan dengan minuman yang sedap-sedap tu, ada banyak lagi tau benda menarik korang boleh dapat bila order ni. Korang akan dapat jugak Big Mac Lunch Box yang sangat lawa secara percuma tau. Limited edition lagi tu korang. Sesuai la nak simpan untuk buat koleksi atau boleh guna untuk bawak bekal makanan lepas ni. Benda lain yang korang akan dapat secara percuma adalah hiasan parti macam Name Tags, Cup Holders, Party Hat dan Tray Mat. Lengkap kan semuai ni kalau korang buat picnic. Bila dapat semua hiasan parti ni untuk dibawa masa picnic, baru la lawa korang nak ambil gambar dengan kawan-kawan atau keluarga. Sangat estetik. Bila tengok gambar yang korang dah ambil nanti, akan teringat memori tu sampai bila-bila.

Haaa, best kan korang. Sebenarnya pakej ni sesuai untuk korang semua meraikan sebarang majlis dengan keluarga atau kawan-kawan sama ada majlis ulang tahun, majlis hari jadi atau untuk buat picnic dengan sempoi tanpa perlu bersesak-sesak dengan ramai orang. Baru selesa nak celebrate.

Jadi, kalau korang ada plan untuk buat sebarang picnic atau celebrate apa-apa sambutan mahupun pencapaian dengan kawan-kawan dan keluarga tersayang hujung minggu ni, korang patut order set Parties@Home daripada McDonald’s ni. Mesti semuanya akan berjalan lancar & senang. Dah siap set up semuanya, jangan lupa ambil gambar untuk kenangan bersama dan upload la kat sosial media. Mesti grand gitu sambutan korang.

Nor Fakhry