Siakap Keli
Gambar: via Google

Jangka Hayat Platelet Hanyalah 5 Hari Sahaja, KKM Seru ‘Adiwira’ Berdarah A Tampil Untuk Derma Darah

Kebanyakkan tabung darah di seluruh negara mengalami masalah bekalan darah yang boleh dikatakan membimbangkan. KKM menyeru orang ramai untuk tampil menderma darah. Terbaru, Pusat Darah Negara memaklumkan darah jenis A diperlukan ketika ini. Darah yang didermakan akan diproses dan platelet akan diasingkan

Status stok bekalan platelet A di Pusat Darah Negara semakin berkurangan. Dengan jangka hayat platelet hanya selama 5 hari, komponen platelet memerlukan pendermaan yang berterusan supaya status bekalan kumpulan darah ini sentiasa optimum.

Komponen platelet amat penting dalam perawatan pesakit seperti wanita bersalin yang kehilangan darah, mangsa kemalangan jalan raya dan juga kes-kes pembedahan.

Orang ramai dinasihatkan untuk terus menderma darah di Pusat Pendermaan Darah Statik PDN atau lokasi yang berhampiran.

 

Sumber: Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia

 

" "