Siakap Keli

3 ‘Body Mist Bath’ Dan ‘Body Works’ Ini Bau Seperti Minyak Wangi Mahal, Korang Patut Cuba

Setiap orang terutamanya wanita sangatlah suka kepada keselesaan, kecantikan dan kesempurnaan agar dapat meningkatkan keyakinan diri. Antara cara untuk meningkatkan keyakinan di dalam diri adalah dengan memastikan badan kita sentiasa wangi. Jika tidak, pastilah kita rasa malu untuk berada di khalayak ramai sehingga akhirnya kita hilang keyakinan di dalam diri.

Sesetengah orang tidak mahu untuk memakai minyak wangi kerana baunya yang terlalu kuat sehingga membuatkan kepala pening. Oleh itu, ramai yang menggantikan minyak wangi dengan menggunakan body mist agar sentiasa wangi.

Pernahkah anda terfikir untuk membeli body mist, namun terbantut kerana terlalu mahal dan tidak tahan lama? Jika ya, anda wajib untuk membaca artikel ini sehingga akhir untuk mengetahui body mist pada harga yang murah namun berkualiti seperti minyak wangi mahal.

Seorang pengguna Tiktok bernama @ausmeshi atau Aus Meshi berkongsi tiga Body Mist Bath & Body Works yang baunya sama seperti minyak wangi mahal.

Video yang mendapat jumlah suka lebih 120 ribu sukaan itu menunjukkan Aus memberitahu tentang tiga Body Mist Bath & Body Works secara ringkas namun padat untuk difikirkan oleh penonton video tersebut sebelum membeli body mist lain.

Tiga Body Mist Bath & Body Works tersebut adalah Dark Kiss, Dahlia dan In The Star. Aus juga menerangkan persamaan bau body mist bath & body tersebut dengan beberapa minyak wangi yang mahal. Berikut merupakan senarai persamaan bau body mist dan minyak wangi yang hampir sama kualitinya iaitu:

  1. Dark Kiss- Britney Spears Midnight Fantasy
  2. Dahlia- campuran Carolina Herrera Good Girl dan Sosengger
  3. In the Star- Baccarat Rouge 540 EDP

Semoga perkongsian Aus ini dapat membantu anda semua untuk mencari body mist bath & body yang terbaik!

Sumber: Tiktok Aus Meshi

@ausmeshi

Reply to @airaxaraa Korang pakai BBW apa ? #tiktokmalaysia #PerfumeMalaysia #perfumetiktok #ausmeshi

♬ original sound – Yo

Akhmar Ikmal