Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

“Jaga Anak Semua Buat Sendiri,” Peguam Dedah Ramai Wanita Minta Cerai Kerana Tertekan Suami Lepas Tangan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bila sudah berkahwin, ada wanita yang memilih untuk bekerja dan ada juga yang memutuskan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Ramai yang menyangka suri rumah hanya duduk goyang kaki dan bersantai sahaja di rumah tanpa menyedari bahawa mereka menanggung satu beban yang sangat berat sehingga kadangkala mereka mengabaikan keperluan diri sendiri.

Berpunca dari itu, wujudnya masalah yang lebih besar iaitu tekanan dan kemurungan. Sama seperti pendedahan seorang wanita baru-baru ini yang mengatakan bahawa dia mengalami tekanan sepanjang menguruskan hal rumah tangga.

Perkongsian itu telah mendapat perhatian Peguam Syarie, Atikah, yang mendedahkan bahawa ia benar-benar berlaku.

Menerusi ciapan di Twitter miliknya, Atikah juga berkongsi mengenai kes klien wanita yang kebanyakan meminta cerai kerana sudah tidak tahan menjaga keperluan rumah dan anak-anak seorang diri tanpa bantuan suami.

Memang kebanyakan klien perempuan saya mohon cerai, antara sebabnya mengandung, pantang, jaga anak semua buat sendiri.

Suami tak tolong, ada suami siap berjudi lagi,” dedahnya menerusi ciapan itu.

Tambahnya lagi, menjadi seorang isteri bukan mudah seperti yang diperkatakan kerana ada sesetengah dari mereka yang terpaksa menghadapi semua keperitan seorang diri.

“Syurga pada suami, tapi kadang-kadang ada yang tak bernasib baik terasa seperti di neraka”

 

Sumber: Peguam Syarie Atikah

Sofea

There's always another side to every story