Siakap Keli
Gambar: Daily Star

Petani Gempar, Dapat Anak Lembu Berkepala Dua & Berbadan Seperti Babi

Seorang petani di Rusia digemparkan dengan kelahiran seekor anak lembu yang berkepala dua dan mempunyai badan seakan babi.

Walau bagaimanapun, anak lembu itu dilaporkan mati selepas dilahirkan. Ibu lembu berkenaan juga turut mati beberapa hari kemudiannya.

Ekoran daripada itu, pasukan veterinar terus mengkaji haiwan yang dilahirkan di Markechik, Khakassia, Rusia pada awal bulan ini selepas petani tersebut melaporkan berkenaan kelahiran abnormal itu.

Satu foto yang diambil memaparkan haiwan yang sudah mati itu kelihatan tidak berbulu dan mempunyai badan berwarna merah jambu terbaring di tanah.

Melihat kepada kedua-dua kepala haiwan tersebut, kedua-dua matanya kelihatan tertutup seperti dijahit dan bahkan lidah kedua-duanya terjuntai keluar.

Penduduk tempatan menyatakan dalam sosial media bahawa lembu itu tidak bertahan lama begitu juga dengan ibunya yang mati beberapa hari kemudian.

Jabatan Perubatan Veterinar Kementerian Pertanian dan Makanan Republik Khakassia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 25 Oktober berkata, “Insiden itu berlaku di kampung Matkechik, daerah Beysky di ladang persendirian.

“Faktor utama untuk haiwan dilahirkan dengan genetik abnormal (mutasi) ialah perubahan pada genomnya. Sebab-sebab mutasi dalam haiwan adalah disebabkan oleh persekitaran luaran dan dalaman mereka.

“Mutasi adalah perubahan yang diwarisi dalam genom, yang timbul akibat pengaruh mutagenik. Juga, mutasi boleh terjadi semasa pembiakan kacukan,” ujar kenyataan itu.

Sumber: Daily Star

Aqmal Ezany

I write what is right