Siakap Keli
Gambar : CEN via Daily Mail

Wanita Ada Ilmu ‘Muay Thai’ Cekik Leher Lelaki Yang Didakwa Lakukan Gangguan Seksual Terhadapnya Dalam Bas

Seorang wanita yang juga merupakan ahli seni mempertahankan diri telah mencekik seorang penumpang lelaki ketika di dalam bas apabila lelaki tersebut didakwa melakukan gangguan seksual terhadapnya, lapor Daily Mail.

Wanita itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari gim di Balem, Brazil sebelum diganggu oleh lelaki itu.

Menerusi rakaman video yang dirakam oleh penumpang lain, wanita itu yang dipercayai mahir dalam seni mempertahankan diri muay thai dan capoeira itu telah meletakkan lelaki itu dalam keadaan pegangan cekik kebelakang.

Wanita tersebut dilihat mencekik leher lelaki itu dari belakang sebelum menurunkan ke atas lantai bas.

Gambar : CEN via Daily Mail
Gambar : CEN via Daily Mail

Menurut laporan polis memetik Daily Mail, lelaki itu didakwa telah mengambil kesempatan dengan menggosokkan bahagian kemaluannya pada belakang wanita itu.

Dakwaan juga mengatakan dia juga membuka zip seluarnya sebelum melakukan perbuatan itu, kata pihak polis.

Menurut O Liberal, wanita tersebut memukulnya pada bahagian hidung sebelum melumpuhkan lelaki itu sebelum meletakkannya dalam keadaan tercekik ke belakang.

Dia kemudian meminta pemandu bas itu memberhentikannya untuk melaporkan kejadian di balai polis berdekatan.

Pihak polis mendakwa bahawa mereka sudah mengenal pasti lelaki tersebut dan sedang menyiasat kes yang dilaporkan.

“Tiada siapa yang membantu saya pada ketika itu, Orang lebih suka merakam kejadian daripada membantu,” kata mangsa.

Dia juga mendedahkan pernah berada dalam situasi yang sama pada tahun lepas dan menyebabkan dia menumbuk suspek tersebut.

Wanita itu juga menjelaskan bahawa dia mengikuti seni mempertahankan diri muay thai dan capoeira adalah bertujuan untuk mempertahankan dirinya, lapor O Liberal.

Mengikut undang-undang jenayah di Brazil, suspek boleh dikenakan penjara selama 5 tahun disabitkan dengan jenayah gangguan seksual. Jika kes tersebut dilakukan secara kekerasan dan mengancam mangsa dengan serius, suspek boleh didakwa merogol.

Sumber : Daily Mail

Fathin Nadzira