Siakap Keli

(Video) Tak Payah Penat-penat Angkat, Ini Salah Satu Cara Nak Cuci Tilam

Bukan mudah untuk mencuci tilam tambahan lagi tilam memang sangat berat.. Jika tidak cuci, akan ada kulat dan berbau sehingga akhirnya beri kesan kepada tubuh kita pula. Oleh itu, sama ada mahu atau tidak, kita sememangnya perlu cuci tilam kita agar lebih selamat dan selesa untuk tidur.

Seorang pengguna Tiktok yang bernama @_nismira berkongsi satu video berkaitan cara membasuh tilam dengan mudah dan berkesan. Video tersebut mendapat hampir 70,000 tanda suka daripada penonton video Tiktok tersebut.

Cara membasuh tilam menurut pengguna Tiktok yang gelar dirinya sebagai Nis adalah

  1. Vaccum tilam tersebut
  2. Sembur campuran cuka dan air
  3. Setelah kering cuka dan air tersebur, tabur baking soda (serbuk penaik). Tunggu anatara 4 hingga 5 jam untuk mendapatkan pembersihan yang terbaik. Membuat taburan baking soda ini juga berfungsi untuk menghilangkan bau hapak yang ada di tilam.
  4. Vacuum semula.
  5. Sembur pewangi. Penggunaan pewangi tidak bewarna adalah lebih baik.

Sudah tahu cara basuh tilam dengan mudah dan berkesan? Haaa apa lagi? Jangan lupa buat untuk pastikan tidur malam anda nyenyak sehingga mendapat tidur yang berkualiti.

Semoga bermanfaat!

@_nismira

Reply to @chaqjohn Ni salah satu cara, nak lagi padu jemur bwh matahari🌞👍#cleantok #vacuum #TikTokGuru

♬ in heat. – Hentai Xander

Sumber: Tiktok @_nismira

Akhmar Ikmal