Laluan berhampiran Bulatan Lumba Kuda di Lebuhraya Bukit Jalil dilapor sesak teruk akibat banjir kilat yang melanda seketika tadi, lapor Astro Radio Traffic.
Laman Twitter @astrotraffic memaklumkan, fenomena banjir kilat tersebut menyebabkan trafik mengalami kesesakan teruk dari arah Taman Teknologi Malaysia (TPM).
“Pihak berkuasa melaporkan banjir kilat berhampiran bulatan Lumba Kuda yang menyebabkan kesesakan teruk dari TPM. Hanya lorong kanan yang boleh dilalui,” lapor makluman itu.
#kltu LEBUHRAYA BUKIT JALIL: Pihak berkuasa melaporkan banjir kilat berhampiran bulatan Lumba Kuda yang menyebabkan kesesakan teruk dari TPM. Hanya lorong kanan yg boleh dilalui pic.twitter.com/PA41x7zIZQ
— Astro Radio Traffic (@astrotraffic) November 1, 2021
Sementara itu, laman Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) juga turut melaporkan beberapa lokasi laluan utama yang dilanda kesesakan.
Menurut laporan di Twitter @LLMinfotrafik, antara lokasi trafik yang terjejas adalah di laluan selepas Plaza Tol Sungai Besi menghala ke arah Kuala Lumpur.
Selain itu, trafik di laluan Sungai Besi menghala ke arah Universiti Putra Malaysia (UPM) juga turut sesak akibat banjir kilat di KM 305.4 arah Selatan dan Utara, di mana lorong kanan bagi kedua-dua arah dilapor terhalang.
Dalam masa sama, trafik juga turut sesak sejauh 3.8 kilometer arah Utara dan 4 kilometer arah Selatan, lapor LLM lagi.
6.11pm PLUS@E2 : Trafik SESAK dilokasi berikut;
▪️ Slps Plaza Tol Sg.Besi – Pusat Bandar
▪️ Sg.Besi – UPM (banjir kilat KM 305.4 arah Selatan & Utara), lorong kanan kedua-dua arah terhalang.
➡️ Trafik sesak 3.8 km arah Utara & 4 km arah Selatan pic.twitter.com/WbJhld9UB1— LLM Trafik 🇲🇾 (@LLMinfotrafik) November 1, 2021
Sumber: Astro Radio Traffic / LLM