Siakap Keli

JPJ Ingatkan Orang Ramai Agar Perbaharui Lesen Dan ‘Road Tax’ Sebelum 31 Disember 2021

Peringatan mesra buat orang ramai agar tidak menunggu hingga saat akhir dan segera memperbaharui Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu Malaysia di mana-mana saluran urusniaga, seperti JPJ, Pos Malaysia, MyEG dan juga Puspakom.

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dalam satu perkongsian di Twitter sebentar tadi berkata, orang ramai dinasihatkan untuk membuat pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LLM) dalam tempoh 61 hari lagi, iaitu sehingga 31 Disember 2021.

JPJ sebelum ini telah memberi kelonggaran untuk orang ramai tidak memperbaharui LKM dan LMM kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksana kerajaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dan juga meringankan beban orang ramai.

Sumber: Twitter JPJ

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.