Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin melalui laman Twitter rasmi hari ini tampil memberi penjelasan berkait kompaun RM10,000 ke atas individu yang tidak memakai pelitup muka atau mask dengan betul.
Menurut Khairy, kompaun RM10,000 atas kesalahan memakai mask di dagu dikeluarkan pada 12 Mac lalu, selaras dengan ketetapan Ordinan Darurat ketika itu iaitu maksimum RM10,000 untuk kesalahan individu dan RM50,000 untuk organisasi.
“Pada 17 Mac 2021, satu garis panduan untuk penetapan nilai kompaun yang lebih munasabah telah diumumkan.
“Garis panduan ini dikeluarkan selepas rakyat merasakan nilai kompaun tidak munasabah dan terlalu tinggi,” jelas Khairy dalam hantarannya hari ini.
Pun begitu, beliau juga mengingatkan setelah Ordinan Darurat dirungkai, nilai kompaun akan kembali kepada maksimum RM1,000 bagi kesalahan individu dan perbadanan.
Kompaun RM10k kerana memakai mask di dagu dikeluarkan pada 12/3/21 selaras dengan ketetapan Ordinan Darurat ketika itu (max RM10k/person, RM50k/organisation). Pada 17/3/21 satu garis panduan untuk penetapan nilai kompaun yang lebih munasabah telah diumumkan. pic.twitter.com/y3arerXyPx
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) November 1, 2021
Sumber: Khairy Jamaluddin