Siakap Keli
Gambar: ABC7 via DailyMail

Betul-betul Menjilat Jari, Lelaki Terkejut Temui Beruang ‘Baham’ KFC Satu ‘Bucket’ Di Rumahnya

Sebuah rakaman video menunjukkan seekor beruang ditemui sedang makan sebaldi Ketucky Fried Chicken (KFC) di dalam sebuah rumah di Sierra Madre, California.

Pemilik rumahnya, John Holden, sedang pulang ke rumah apabila dia melihat makhluk itu di kaunter dapurnya. Holden juga berkata dia melihat seekor beruang di luar rumahnya dan seekor lagi berada di dalam, lapor Daily Mail.

Katanya, terdapat seekor beruang berada di luar halaman rumahnya manakala seekor lagi berada di dapur. Dia cuba menghalau anak beruang itu dengan menghasilkan bunyi yang kuat.

Menerusi laporan Daily Mail, John Holden mendapati pintu rumahnya terbuka luas, dan di dalamnya terdapat seekor anak beruang sedang menyelongkar sekotak ayam goreng KFC di atas dapurnya.

Kejadian berlaku semasa John Holden baru-baru sahaja pulang ke rumah dan mendapati pintu depannya terbuka luas. Dia terus masuk ke dalam dan menemui beruang itu sedang ‘memunggah’ sebaldi ayam goreng di atas dapurnya dan seekor lagi beruang berada di luar rumahnya.

Dia akhirnya berjaya menghalau ‘tetamu tak diundang’ itu dengan menghasilkan bunyi yang kuat.

“Saya sebenarnya telah menemui mereka beberapa kali di belakang rumah, tetapi pastinya tidak pernah berada di rumah seperti itu,” kata Holden kepada ABC7.

“Itu adalah sesuatu yang luar biasa dan mereka pasti suka membuat sepah tempat itu,” tambahnya lagi.

Holden menambah bahawa beruang itu sempat melepak di halaman rumahnya selepas mencuri makanannya.

Sierra Madre ialah sebuah bandar di Los Angeles County di kaki bukit Lembah San Gabriel di bawah pinggir selatan Hutan Nasional Angeles.

Penampakan beruang di selatan California bukanlah sesuatu yang luar biasa , bahkan penduduk lain juga pernah melihat mereka di kawasan perumahan.

Rabu lalu, seekor beruang berkeliaran di sekitar kawasan sekolah rendah di San Dimas, pinggir bandar Los Angeles, sebelum ‘menginap’ di atas pokok di kawasan rumah berdekatan.

Sumber: Daily Mail

Nadhirah