Siakap Keli
Gambar: khaby.lame

(Video) Khaby Lame Tunjuk Cara Selamat Lintas Jambatan Kaca ‘Squid Game’, Sekali ‘Surrender’ Bila Jumpa Zlatan

Siapa yang tak tahu filem ‘Squid Game’ kan? Drama aksi Korea itu telah tular dan menjadi fenemona sejak September lalu. Drama siri tersebut menceritakan seramai 456 orang peserta yang bermain untuk mendapatkan ganjaran berbentuk wang pada akhir permainan. Manakala bagi mereka yang terkeluar akan ditembak sehingga mati.

Berdasarkan drama tersebut, seorang selebriti TikTok @khaby.lame menggunakan ‘Squid Game’ sebagai tema videonya yang terbaru. Dapat dilihat menerusi perkongsian video tersebut, Lame telah berjaya menyempurnakan misinya bagi permainan kedua terakhir mengikut drama tersebut.

Walaupun Lame sudah menggunakan helah untuk permainan ‘glass’ itu namun, dia tewas apabila terjumpa dengan pemain bola sepak profesional Zlatan Ibrahimović di garisan penamat permainan ‘glass’ tersebut.

@khaby.lame

Usually I always win but this time……I v waited a year for a worthy opponent😎You r King #zlatanibrahimovic @Netflix #squidgame #leanfromkhaby

♬ suono originale – Khabane lame

Melalui ruangan komen dapat juga dilihat ramai warganet yang terhibur dengan perkongsian video TikTok tersebut:

Callum Grant: “Ok. Ini ialah kolabrasi yang paling hebat abad ini. ZLATANN!!.”

Gambar: TikTok khaby.lame

Blondu Vuitton: “Dia takkan boleh kalahkan Zlatan.”

Gambar: Tiktok khaby.lame

Kevin Partin: “Ini ialah TikTok Zlatan sekarang.”

Gambar: TikTok khaby.lame

Sumber: TikTok khaby.lame

 

Zahirah