Siakap Keli
Gambar: Google

Amaran Ribut Petir Di Jangka Melanda Beberapa Buah Negeri Sehingga 7 Malam

Melalui perkongsian Jabatan Meteorologi Malaysia di laman Twitter, satu kenyataan mengenai amaran ribut petir dan hujan lebat telah dikeluarkan bagi beberapa buah negeri.

Menerusi perkongsian yang dikemas kini pada 3.08 petang tadi, amaran ribut petir dan hujan lebat dijangkakakan akan berterusan sehingga 5.00 petang ini.

Berikut merupakan senarai negeri yang dijangka akan dilanda ribut petir dan hujan lebat:

  • Kedah: Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim, dan Bandar Baharu
  • Pulau Pinang: Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan
  • Perak: Kerian dan Laut, Matang, dan Selama
  • Pahang: Pekan dan Rompin
  • Negeri Sembilan: Seremban, Port Dickson, Rembau, dan Tampin
  • Melaka: Alor Gajah, dan Jasin
  • Johor: Tangkak, Segamat, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi, dan Johor Bahru
  • Sarawak: Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau dan Sebauh), dan Limbang
  • Sabah: Pedalaman (Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Telupid dan Baluran), dan Kudat (Kota Marudu)

Orang awam dinasihatkan supaya berhati-hati untuk mengelak dari sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

 

Zahirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.