Hujung tahun ni pasti orang ramai berpusu-pusu mencari tempat untuk bercuti. Baik ke utara, selatan, pantai timur untuk menikmati pemandangan di pantai. Namun, berbeza pula dengan gadis ini. Dia berkongsi pengalamannya bercuti di tengah-tengah bandar raya dengan menginap di hotel yang bernilai RM150 satu malam.
Sebenarnya, amat jarang untuk jumpa hotel semurah itu di tengah bandar. Lebih-lebih lagi di kota yang sibuk seperti Kuala Lumpur. Ada view KLCC pula tu.
Menerusi perkongsiannya di Twitter, beliau menginap di Capitol Hotel, Bukit Bintang. Dia juga memilih room type capitol deluxe. Interior design bilik itu pun tidak kalah seperti hotel mewah yang lain. Sesuai untuk tenangkan diri dari kesibukan kerja.
Bukan itu sahaja, malah terdapat banyak juga kedai yang berdekatan dengan hotel tersebut. Jadi, hal ini memudahkan para pengunjung untuk membeli-belah.
Dengan hanya bermodalkan RM150 sahaja, hotel ini juga turut menyediakan bath tub yang jarang sekali ditemui sekiranya bayaran serendah ini.
Bagi pengunjung yang mempunyai kereta, boleh meletakkan kenderaan berdekatan plaza low yat dan tidak perlu membayar tiket parking. Tetapi tiket parking itu nanti perlu minta receptionist cop terlebih dahulu.
Since everyone is going for staycation, nah i share hotel RM150/per night. Area KL.
Quite good. Ada bath tub. View klcc. Nak makan jalan kaki je sebab memang tengah2 town, banyak kedai. Best la nak relax2 kat sini 🥰 pic.twitter.com/XvMs6LHTXM
— Rin ♡ (@Nurintashaa) November 7, 2021
Bagi orang ramai yang berminat dan masih mencari tempat untuk bercuti, boleh ikuti perkongsian gadis ini di Twitter milik beliau @Nurintashaa
Sumber: Twitter