Siakap Keli
Gambar Via BBC

Insiden Kekacauan Di Konsert, Travis Scott Dilapor Bakal Disaman, Mangsa Tuntut Ganti Rugi Lebih RM4 Juta

Susulan insiden kekacauan di konsert penyanyi rap, Travis Scott beberapa hari lalu, seorang mangsa yang mengalami kecederaan dilaporkan telah memfailkan saman terhadap penyanyi itu dan beberapa orang lagi defendan.

Menurut Sky News, mangsa dipercayai mengalami kecederaan yang serius di konsert yang diadakan di Astroworld Festival, Texas itu.

Difahamkan, mangsa telah menuntut ganti rugi sebanyak Usd $1 juta (RM4.15 juta) daripada beberapa orang defendan termasuk Scott dan penganjur konsert tersebut, Live Nation.

Manakala, seorang lagi lelaki turut memfailkan saman terhadap Scott, Live Nation dan Drake, yang telah menjadi penyanyi jemputan di konsert itu, lapor media AS.

Dalam kejadian itu, seramai lapan orang penonton dilaporkan telah terbunuh dan ratusan lagi cedera. Siasatan mengenai kejadian itu masih lagi sedang dilakukan terutama dari segi aspek kawalan keselamatan.

Sementara itu, Travis Scott mengatakan bahawa dia merasa sedih dan bersimpati atas tragedi itu serta mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.

Sumber: Sky News

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.