Siakap Keli
Gambar: Google

Kebanyakan Negeri Dijangka Dilanda Hujan Lebat Dan Ribut Petir Sehingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia pada pukul 4.30 petang hari ini telah mengemas kini ciapan berkenaan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka akan melanda di beberapa buah negeri. Menerusi Twitter Jabatan Meteorologi Malaysia, ribut petir dan hujan lebat dikatakan akan melanda sehingga 7.00 malam ini.

Antara kawasan yang terjejas di kawasan utara ialah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim, dan Bandar Baharu bagi negeri Keda. Di Pulau Pinang pula kawasan yang dijangkakan terjejas ialah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan. Turut terjejas ialah keseluruhan kawasan di Perlis.

Bagi kawasan Pantai Timur pula, kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir dan hujan lebat ialah di Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, dan Gua Musang bagi negeri Kelantan. Manakala bagi kawasan di Terengganu pula hanya tiga kawasan yang terjejas iaitu Hulu Terengganu, Dungun, dan Kemaman. Bagi kawasan di negeri Pahang pula yang dijangka akan terjejas ialah Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Pekan, dan Rompin.

Seterusnya di Sarawak, kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir dan hujan lebat ialah di kawasan Sibu (Kanowit, dan Selangau) dan Bintulu.

Di Sabah pula, hanya Sandakan (Kinabatangan) sahaja yang dijangka akan mengalami hujan lebat dan ribut petir.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Zahirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.