Siakap Keli
Kredit: TikTok @pucez

(Video) Mulanya Nak Datang Merisik, Sekali Kena Nikah Terus, Rupanya Ini Sebabnya

Pada masa kini, ramai anak-anak muda yang inginkan perkahwinan yang mudah dan ringkas. Tetapi sudah menjadi adat resam kita jikalau ingin menikahi sesorang perlu melalui beberapa fasa.

Selalunya sebelum berkahwin orang mesti akan merisik terlebih dahulu.  Setelah merisik selalunya bertunang dan diikuti dengan pernikahan. Sebab itulah, jika perkahwinan berlaku secara mengejut orang ramai akan mula bergosip mengenai hal tersebut.

Bukan itu sahaja, kalau perkahwinan terlampau ‘simple’ atau terlalu cepat pun boleh jadi punca bualan orang ramai untuk bergosip. Tetapi, semua andaian orang ramai terhadap mengapa perkahwinan yang diadakan terlalu cepat itu adalah tidak benar. Itulah yang ingin dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @pucez ini.

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok beliau, dapat dilihat pengantin lelaki itu pada awalnya ingin merisik wanita itu sahaja. Tetapi lamaran itu berubah menjadi sebuah perkahwinan yang dilakukan secara terus.

“Guys, sebenarnya aku dilamar tapi tiba-tiba diminta untuk terus berkahwin setelah berbincang dengan orang tuaku kerana kami berdua ada esok ada hal yang harus keluar dari kota berdua.” Jelas wanita tersebut di ruangan kapsyen.

“Kerana itu kami dinikahkan, bukan sebab aku hamil.” jelasnya sekali lagi.

Kredit: TikTok @pucez
Kredit: TikTok @pucez

Itulah yang dikatakan oleh wanita tersebut menerusi kapsyen dalam video yang dikongsikan. Disebabkan mereka berdua ada hal keesokan harinya, keluarga wanita tersebut berharap agar perkahwinan anaknya itu untuk terus dijalankan. Dengan itu, kedua-dua mempelai sudah mempunyai ikatan yang sah dan membolehkan mereka untuk ke luar kota.

@pucez

#AtomexAstro #fyp

♬ suara asli – Moccafloat – Moccafloat

Video yang meraih jumlah tontonan hampir 7 juta tontonan itu turut mendapat jumlah komen yang begitu memberangsangkan daripada warganet.

Kredit: TikTok @pucez
Kredit: TikTok @pucez
Kredit: TikTok @pucez
Kredit: TikTok @pucez

Sumber: TikTok @pucez

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.