Siakap Keli

Biro Pelancongan Penang Beri Pulangan Tunai 40% Untuk Semua Hotel, Hanya Perlu ‘Booking’ Pada 11.11

Kerajaan Malaysia sebelum ini telah memberikan kebenaran kepada seluruh rakyat Malaysia yang divaksin sepenuhnya untuk merentas negeri bermula 10 Oktober yang lalu. Sudah pasti ramai orang telah mula membuat perancangan untuk plan percutian mereka.

Ditambah pula dengan cuti sekolah dan pelbagai cuti umum, semestinya korang inginkan satu percutian yang menarik untuk seisi keluarga korang. Memang rugilah kalau tak plan untuk pergi bercuti.

Bila dah masuk bab percutian ni, apa kata korang plan percutian korang ke Pulau Pinang. Ramai antara korang yang pastinya tahu Pulau Pinang ni memang kaya dengan pelbagai makanan yang sedap dan menyelerakan.

Pulau Pinang juga bukan sahaja ada pelbagai pilihan makanan yang sedap, namun ianya turut mempunyai tempat-tempat pelancongan yang menarik. Antara tempat yang korang boleh pergi seperti ESCAPE Theme Park, Avatar Secret Garden, Hin Bus Depot, Entopia by Penang Butterfly Farm dan banyak lagi!

So, korang tunggu apa lagi? Cepat booking penginapan korang di Pulau Pinang sekarang!

ShopBack x Penang Tourism x Booking.com

Bercakap tentang penginapan di Pulau Pinang, ada satu promosi istimewa yang turut diperkenalkan hasil daripada kerjasama antara ShopBack, Penang Tourism Board dan Booking.com. Kerjasama ini dijalankan bagi merangsang industri pelancongan di Pulau Pinang.

Apa yang menarik dengan pakej ni, korang akan memperoleh pulangan tunai (cashback) sehingga 40% pada 11.11 apabila korang menempah mana-mana hotel (Pulau Pinang) di Booking.com melalui ShopBack.

Nak lebih mudah, korang juga boleh pilih dan terus booking mengikut senarai hotel-hotel terbaik yang disyorkan dekat bawah ni. Tapi, 40% cashback (no cap) turut terpakai untuk semua hotel di Pulau Pinang! Best betul!

Kita ambil contoh, katakan korang booking di Lexis Suites Penang untuk satu malam yang harganya RM540. Tetapi dengan adanya cashback 40%, korang hanya perlu bayar RM324 sahaja! Bayangkan, berapa banyak wang yang korang boleh jimat kalau korang booking melalui ShopBack. Dengan cashback ni, korang boleh menempah hotel 5 bintang dengan harga seperti hotel 3 bintang!

Apa yang lagi best, cashback tersebut akan dikembalikan ke dalam baki akaun ShopBack korang sebagai wang tunai sebenar dan korang boleh keluarkan ke akaun bank korang pada bila-bila masa untuk dibelanjakan semasa percutian.

ShopBack Sebagai Pilihan

Kenapa perlu booking di ShopBack? Kalau nak tahu, ada pelbagai manfaat yang korang boleh dapat seperti:

  • Memperoleh ganjaran dan pulangan tunai setiap kali korang berbelanja di online store kegemaran korang seperti Lazada, Shopee, Booking.com, ZALORA dan banyak lagi.
  • Dapat tawaran eksklusif dan kod promosi.
  • Berpeluang memperoleh bonus cashback apabila korang menyertai in-app challenges and games.

Kalau berminat, korang boleh pergi ke website mereka atau muat turun aplikasi ShopBack di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei App Gallery.

Untuk pengetahuan korang, tempoh promosi istimewa ni bermula sekarang sehingga 30 November 2021. Jadi, apa tunggu lagi! #StartwithShopBack dan tempah percutian korang ke Pulau Pinang sekarang di Booking.com melalui aplikasi atau laman web ShopBack!

Menarik lagi, ShopBack juga mempunyai acara livestream khas 10 November ini di Facebook pada jam 10 malam untuk berkongsi bagaimana korang boleh menjimatkan wang semasa korang online shopping pada 11.11 nanti. Dapatkan 100% tawaran pulangan tunai dan menangi hadiah menarik seperti Apple iPhone 13. Sertai sekarang dan korang turut berpeluang untuk memenangi wang tunai berjumlah RM1,000! Ketahui lebih lanjut di https://app.shopback.com/fblivestream. Acara akan dihoskan oleh Zetty Nabila dan Maggy Wang.

Adib Mohd