Siakap Keli

Lelaki Dilapor Maut Dipercayai Terjatuh Dari Buaian ‘Funfair’

Dua lelaki dipercayai berbangsa India dilapor terjatuh dari buaian permainan di tapak funfair dalam satu kejadian tengah malam tadi, maklum Polis Daerah Kajang.

Menerusi kenyataan di Facebook, salah seorangnya yang berumur 39 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi tercedera dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Pihak polis masih menyiasat kejadian ini untuk mengetahui punca sebenar kejadian berlaku sama ada terdapat kecuaian pada pihak pemilik funfair mahupun mangsa sendiri.

“Setakat ini hasil siasatan awal dapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku di dalam kejadian tersebut,” maklum kenyataan tersebut hari ini.

Tambah kenyataan itu lagi, kertas siasatan telah dibuka dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Difahamkan, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk tindakan lanjut untuk tujuan bedah siasat dalam tempoh terdekat bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Pihak polis menyeru kepada semua pihak terutamanya orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini.

“Siasatan terperinci akan dijalankan pihak polis berkait dengan kejadian ini,” tambahnya.

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menghubungi balai polis berdekatan di daerah Kajang atau pegawai penyiasat kes iaitu Sjn Mohd Emran Mohd Noor di talian 013-7638512.

Sumber: Facebook Polis Daerah Kajang

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.