Siakap Keli
Gambar: World Today News

Bimbang Tak Pandai Jaga, Wanita Ini Tolak Lamaran Lelaki Yang Nak Bagi Mas Kahwin 200 Ekor Unta

Seorang model di India terpaksa menolak lamaran lelaki kaya yang ingin memperisterikannya dengan 200 ekor unta sebagai mas kahwin, gara-gara bimbang tidak pandai menjaga haiwan itu.

Model tersebut, Indira Gupta berkata, selama ini dia sudah biasa ditawarkan hadiah yang mahal daripada mana-mana lelaki yang berhajat mahu mengahwininya, namun lamaran kali ini agak luar biasa baginya.

“Saya tertanya-tanya di manakah saya patut jaga dan simpan unta yang banyak selepas menerima 200 unta sebagai mas kahwin untuk perkahwinan ini,” katanya, memetik Daily Star melalui World Today News.

Disebabkan itu, Gupta tekad memulangkan kesemua hadiah serta wang yang diberi lelaki itu dan akhirnya ‘pelamin angan’ mereka pun musnah.

“Saya menentang perkahwinan ini. Sepatutnya kita berkahwin kerana cinta. Dan pada saya, ini bukanlah masanya lagi,” tambahnya.

Difahamkan, Gupta sendiri memiliki ladang khas menempatkan haiwan-haiwan bermasalah yang pernah diselamatkannya seperti kuda, arnab, lembu dan banyak lagi.

Bagaimanapun katanya, dia belum bersedia untuk menjaga unta-unta sebanyak itu dan mengakui tidak minat terhadapnya.

“Saya tidak berminat dengan unta, walaupun saya suka semua haiwan, unta adalah spesies yang patut dijaga dengan lebih baik. Saya tidak ada banyak pengalaman,” katanya.

Sumber: World Today News

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'