Dalam satu kenyataan media dari Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin mengumumkan tarikh bermulanya sesi persekolahan penggal 3 bagi 2021/2022.
Sesi persekolahan penggal 3, 2021/2022 akan bermula pada 2 Januari hingga 20 Mac 2022 bagi sekolah kumpulan A iaitu Johor, Kedah, kelantan dan Terengganu. Bagi Sekolah di negeri kumpulan B pula iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya pula akan bermula pada 3 Januari sehingga 20 Mac 2022.
KPM juga berkongsi Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 sebagai rujukan bagi semua pihak terlibat termasuklah murid-murid, ibu bapa dan para guru. Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM di pautan https://www.moe.gov.my/takwim
Berikut dikongsikan kenyataan media KPM berhubung Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 serta Kalendar Akademik Sesi 2022/2023.
(1/2) pic.twitter.com/quz8GZ4Hps
— Radzi Jidin (@RadziJidin) November 15, 2021
Sumber: Twitter Radzi Jidin