Siakap Keli
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

TERKINI: Gempa Bumi Kuat Goncang Rantau New Ireland Di Papua New Guinea

Satu gegaran gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 pada skala Ritcher dikesan berlaku di Rantau New Ireland, Papua New Guinea pada 10.08 malam sebentar tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan, pusat gempa bumi tersebut terletak di 5.4 darjah selatan dan 153.6 darjah timur.

Jelas laporan itu, pusat gempa tersebut berkedalaman 65 kilometer dalam serta terletak sejauh 185 kilometer timur dari wilayah Kokopo, Papua New Guinea.

Bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepad Malaysia yang dikeluarkan setakat ini.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'