Siakap Keli

Tiada Tol Di Lebuhraya, Tapi Anda Kena Bayar Cukai Jalan Secara Purata RM473 Setiap Bulan Di Netherlands

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tol merupakan bayaran yang dikenakan bagi sesebuah kenderaan yang melalui sesuatu jalan raya. Biasanya bayaran tersebut digunakan untuk membiayai pembinaan serta penyelenggaraan jalan tersebut. Kadar bayaran adalah mengikut jarak perjalanan.

Di Malaysia, terutama bagi penduduk di sekitar Lembah Klang boleh dikatakan setiap hari akan jumpa tol. Pendek kata, setiap masa akan jumpa tol, baik siang atau malam. Tetapi kalau tak ada tol ini, tak akan ada kemudahan lain seperti R&R, Pusat Pemantauan Trafik dan lain-lain yang disediakan untuk pengguna lebuh raya.

Berbeza pula di negara-negara Eropah seperti Netherland, tiada tol lebuh raya yang harus dibayar oleh pengguna jalan raya. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di akaun Twitter @ZZulkifli, pengguna jalan raya perlu membayar cukai jalan atau road tax sebanyak lebih kurang €100 (RM473.12) setiap bulan bergantung kepada jenis kereta, ev, diesel atau petrol serta berat kenderaan.

Menurutnya lagi, kos insurans kereta ada banyak jenis. Ada yang coverage murah dan ada juga yang komprehensif. Bagi yang komprehesif atau menyeluruh biasanya dalam anggaran €20 hingga €100 setiap bulan. Di bandar, kos parking kenderaan boleh dikatakan mahal. Jadi, sebab itu kebanyakan syarikat membenarkan pekerja mereka untuk bekerja di rumah.

 

Sumber: Twitter

Aireena Marizan