Siakap Keli
Gambar via TikTok

(Video) Beruang Buka Pintu Sendiri Masuk Ke 7-Eleven, Siap ‘Pakai’ ‘Hand Sanitizer’ Dulu

Semenjak pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia tahun lalu, kita sudah dibiasakan untuk menjalani aktiviti harian mengikut norma baharu. Selain memakai pelitup muka, kita juga digalakkan untuk memakai cecair pembasmi kuman pada tangan atau hand sanitizer secara kerap.

Oleh itu, kebanyakan premis menyediakan cecair tersebut untuk digunakan oleh pelanggan atau pengunjung sebelum masuk. Tapi lain pula ceritanya dengan ‘pengunjung’ di kedai serbaneka 7-Eleven ni.

Menurut New York Post, persis seperti pengunjung kedai pada umumnya, seekor beruang dilaporkan memasuki salah sebuah kedai 7-Eleven di California, siap ‘pakai’ hand sanitizer dulu sebelum masuk.

Gelagat beruang ini sempat terakam kamera dan dimuatnaik di laman TikTok @fmunna83pk. Video tersebut mendapat sorotan warga net apabila ditonton sebanyak 10.7 juta kali di TikTok.

Dalam video pendek itu, dapat dilihat seekor beruang dengan selamba membuka dan menahan pintu kedai berkenaan. Beruang tersebut kemudian menjengulkan kepalanya ke dalam sehingga alat pembasmi kuman automatik yang kebetulan berada di depan pintu kedai mengeluarkan cecair itu.

Pada masa yang sama, turut terdengar suara pekerja di situ menjerit, dipercayai ketakutan dengan kehadiran haiwan tersebut. Pun begitu, ia sama sekali tidak mengendahkan wanita tersebut yang terjerit-jerit menyuruhnya keluar dari kedai.

Menurut laporan New York Post, beruang berkenaan telah berjaya dihalau oleh pihak berwajib dan tidak sempat membuat kerosakan di dalam kedai 7-Eleven di Olympic Valley itu.

@fmunna83pk

Last night enter the store…. #bearworld #squawvalley #truckee #nature #foryou

♬ original sound – Fanu

Sumber: TikTok, New York Post

Eyla Azri